Friday, April 19, 2013

Criminal Case

Assalamualaikum.

Esok hari Jumaat. Untuk orang yang selalu keep up dengan hari tu bagus la, Farina ni kadang- kadang je ingat hari selepas abis SPM ni. Ada satu hati tu keliru hari apa. Hebat tak. Kalendar pun tak guna, dulu masa sekolah, DULU macam dah lama abis sekolah, baru beberapa bulan je tapi abaikan benda tu. DULU masa sekolah, selalu tulis dekat buku agenda. Macam- macam benda ada dalam tu. Rahsia kawan- kawan pun ada, lukisan hebat Farina pun ada dalam tu. Campur dengan nota- nota yang cikgu kasi, tak pernah abis salin balik...sorry ya cikgu. 

Nak tulis pasal benda lain, tapi benda lain keluar..tak pa, tak pa. Farina tak kisah pun, korang lagi la. Sapa la 'Korang' tu. Sebenar nak post ni nak habaq pasal game yang Farina baru- baru je main minggu ni. Nama game tu 'Criminal Case' . Best. Addicting juga.
Kay bye..tu je.


Sunday, April 14, 2013

Today is Hari ini

Assalamualaikum.


Ni dah berapa lama tak post apa- apa ni. . . . krik- krik . Fine, tak ada orang nak jawab. Farina sendiri pun tak ingat berapa lama dah tak update blog ni, biar pun boleh check , ai malas okay dan saja nak buat dramatic sikit. Sikit je. Bukan banyak mana pun. 

Semalam satu family pergi melancong ke Pulau Pinang dengan kereta 5 seated dengan 6 orang. Korang ingat tak sempit tapi boleh katakan sempit la juga. Badan Farina ni bukan kecik mana, tambah lagi mama, adik and abang. Tapi Alhamdulillah tak orang diagnose 'Kesempitan' disease. Dari Pengkalan Hulu ke Pulau Pinang tak lama sangat, dalam 2 jam. Masuk je jambatan terus 'on' camera tangkap gambar tiang- tiang jambatan Pulau Pinang. Nak tangkap satu jambatan tak boleh nanti kena keluarkan kepala lepas tu pakcik, makcik, abang- abang handsome, kakak- kakak comel, adik- adik comel mikir Farina nak bunuh diri pula.

Jejak je, jejak lagi tu, sampai je dekat pekan Pulau Pinang tu Abah terus cari restaurant on 'GPS' , mula- mula ingat nak makan laksa penang, sampai dah kan dekat Pinang ni , nak rasa juga la keaslian atau ke-original-an Laksa Pinang/Penang macam mana tah ejaan betul dekat menu tu pun tak tahu. Sampai je dekat destination yang telah diberi oleh Ms.GPS, ya, Miss okay, sebab suara GPS Abah bukan suara lelaki. Dekat destination tu pula nampak tak menarik, so kena la patah balik. Last- last makan dekat restaurant 'Kayu', bukan makan kayu. Sebab kami anak-anak Hishamuddin ni tak breakfast so kena cari restaurant yang terdekat kalau tak ada lah yang naik angin secara tiba-tiba.Perangai tak senonoh. Restaurant 'Kayu' tu restaurant mamak, makan nasi briyani, sedap, sedap, sedap.

Habis je makan, my mom nak pergi cuci mata dekat mall, tak ingat nama apa mall tu. Mall tu memang besar. Jalan- jalan , Farina terjumpa kedai yang Farina selalu cari- cari di Malaysia ni, BORDERS. Serious tak pernah jumpa lagi kedai buku BORDERS dekat Malaysia until yesterday. Bau dia memang sama macam BORDERS dekat Virginia dulu. Kalau boleh Farina nak nangis depan kedai tu, rindu yang teramat la dekat kedai buku BORDERS. Di kedai buku BORDERS la Farina curi- curi baca buku tak senonoh. Okay. Bukan magazine 'Playboy' tu , komik- komik rated R gituuu. Mall tu memang banyak kedai- kedai kasut dan restaurant. Nama pun Pulau Pinang kan, so ramai la kaum Cina. 

Mall tu pula banyak orang buat promotions, promotion Astro First, promotion DiGi, promotions madu, dan dengan hati yang riang , Farina lari dari diaorang, for example kalau perkerja promote di sebelah kanan, Farina jalan sebelah kiri. Tak nak sangat sampai jalan sebelah kiri. Tapi ada seorang promote dapat tangkap Farina. OHH TIDAK. Dia promote DiGi, sorry la bang, ai guna Celcom. Abang promote tu handsome, okay. Handsome. Cina lagi tu. Kami sekeluarga jalan- jalan, masuk ke ni, masuk ke tu, keluar tangan kosong, sampai la tingkat last- last, tingkat last sekali Cinema.

Abis eye-washing, turun balik, masa nak turun tu nampak Q'Bean. Sapa tak thau Q'Bean tu, Q'Bean ialah sejenis air soya tapi yang ni upgradedkan jadi macam bubble tea 'ChatTime' tu. Q'Bean lagi sedap sebab air soya with bubble tea. Kalau beli air Q'Bean Farina memang selalu order 'Mango Ice blended with bubbles' . Serious sedap Q'bean tapi mahal sikit la. As long as air tu sedap, beli je la. Dengan happy, minum Q'bean. Sampai je dekat ground floor , Abah nak 'lepak' dekat food court walaupun tadi dah makan nasi briyani. Beli la keropok lekor 4 ringgit. Truly orang T'ganu ni sebab dekat rumah banyak lagi keropok lekor, beli jugak. Ni la orang malas nak goreng. Beli Auntie's Anne pretzel, tak rasa nak pun cuma rindu sangat nak makan pretzel, membazir duit macam tu la. Last one, mama beli durian cream puffs. Yang ni memang sedap, durian cream banyak. Sedap je makan dalam kereta.

Matahari sudah terbenam dan malam mula menjelma, amboii Farina. Kita orang naik ferri, first time naik ferri dekat Malaysia, amat jakun la. Tapi biar orang kata apa pun. Asalkan kami sekeluarga happy kecuali part duduk dalam kerata. 




Jambatan Pulau Pinang, cantik kan.


Ni la QBean yang sedap with bubbles!


Waiting sebelum masuk dalam ferri!



Abangku yang nombo 2, yang playboy tapi tak sedar diri dia tu playboy.


Macam ni

Disebabkan terlalu risau, Aku sanggup berikat perut,  Aku tak sanggup berfikir tentang itu, Membuatkan sedih, Aku sanggup berikat perut, Sup...