Assalamualaikum. Salam sahur atau selamat pagii uools. haa..pagi2 dah nak bergedik- gedik.
Harapan semalam nak study..tengok tengok hempeh..study pun idok. Cuma tangan sebelah kanan tolong pegangkan buku, tangan kiri plak main phone, mata pulak ke teebee a.k.a tv , mulut plak potpetpotpet dengan member..haih. Macam mana nak study untuk minggu depan..korang mesti terkejut..update entry sampai 2 kali dalam seminggu..fullaamak. Ade sebab sebenarnya ni..sebabnye tak nak kasi tido..walaupun tak rase mengantuk tapi confirm bile tengok buku akan start menguap..haih.. tsk tsk tsk.
=====
Cinta, apakah itu cinta? suka, apakah itu suka? minat, apakah itu minat? 3 perkataan yang berbeza tetapi ramai orang anggap 3 perkataan ini sama je. Kenapa ek?
Bila kita cakap kita minat pada seseorang tu, kawan lain ingat kita dah jatuh cinta pada orang itu, whal tak ada apa-apa perasaan pun, hanya perasaan minat dengan penampilan dia . Kerana mata ini ada je yang nak memandang dengan secara tidak langsung mulut pun bermula berbicara. Bak kata diri sendiri, nak release- kan stress dari belajar. Ceh! So kena la ade minat dekat seseorang kan? Ke tak? Wallahualam.
Suka pulak, apabila perasaan kita kepada sesorang yang kita kenali berputik dihati secara tiba- tiba dan masa itu juga kita akan menyoal hati kita, betulkah? ishh ini tak boleh jadi ni kan? kenapa pulak dia? . Hari demi hari , hati kita bermula menaiki kuda putih *bunyikudalari* , terpandang mata ke mata hati kita bermula menaiki KTM, LRT ke puncak alam berangan dan perangai tiba- tiba berubah bila kita berada bersama dia.
Cinta pula... Wallahulam. Pengalaman hidupku tidak sampai lagi disitu. Ku hanya bercinta kepada Allah SWT dengan itu ku berdoa agar mendapat jodoh yang baik, alim, dan hargai diri kita. Itu semua doa- doa yang semua wanita inginkan, tetapi hanya Allah SWT yang tentukan. Kita hanya boleh menerima, bersyukur, dan berdoa untuk kebaikan diri kita.

