Saturday, September 13, 2014

Lelaki misteri

Aku sering nampak dia,
Mata sering bertentang,
Tetapi mulut tetap membisu.

Sering berselisih,
Hendak bersenyum kepadanya,
Tetapi malu.

Aku tidak tahu siapa dia,
Mahu tahu siapakah nama diberi,
tetapi tiada benda nak berbicara untuk bertanya. 

Siapakah si dia?
Aku sering bertanya- tanya.


Wednesday, September 10, 2014

The despair in me

It has been few days now,
I don't know how, 
The depression has overflown in me,
I asked myself why and how,
The despair in me getting on,
I hate it,
I never like it, 
Somehow it just came.

I just feel like crying. 

Tuesday, September 9, 2014

Mimpi Petang Ku

Entah mana,
Entah bagaimana,
Engkau boleh muncul,
Muncul dalam mimpi petang ku,

Berapa lama sudah ku berusaha untuk melupakan engkau,
Engkau tetap muncul dalam mimpi ku,

Adakah engkau merindui aku seperti aku merindui engkau? 
Jika ya,
Sila katakan kepada ku,
Jika tidak,
Sila diamkan dirimu.


Muka bertopeng

Muka bertopeng.

Muka bertopeng. 
Bergembira, senyum sentiasa, ketawa selalu, membuat jenaka yang sering mengeluarkan gelak-tawa, ada yang sampai menangis kerana lawak jenaka sangat menjadi. 

Tapi tahu tak?
Tahu tak?
Tahu tak?

Orang yang selalu bergembira, senyum sentiasa, paling sedih ? 
Sedihnya tidak terkata. 
Peritnya hanya Allah SWT yang tahu. 

Tetapi, dia tidak mahu menunjuk kelemahan itu. 

Jika satu kelemahan telah nampak,
Dia akan tewas.

Kesedihan

Apabila orang yang kita sering melihat kegembiraannya yang selalu berada dimukanya, sudah tentu akan berasa aneh bila pada suatu masa orang itu tiba-tiba senyap. Ya bukan? 

Kegembiraan hanya sementara,
Kesedihan jugak sementara,
Tetapi kesedihan berasa lebih lama daripada kegembiraan. 
Mengapa?
Kesedihan berlaku apabila seorang insan berseseorangan dan memikir panjang yang entah apa-apa. 
Kesedihan menjadikan semua perkara berasa bosan dan tidak menarik perhatian langsung. 
Kesedihan membuatkan diri bertanya-tanya akan kewujudan kita,
Tetapi ia tidak akan membawa ke arah sesuatu yang melanggar hukum Allah SWT,
Kesedihan membuatkan diri tidak bersemangat,
Kesedihan membuatkan diri ingin menitiskan air mata, 
Kesedihan membuatkan diri berjauhan dari kawan- kawan.

Perasan tidak kesedihan membuatkan kita mengeluh banyak?

Apakah yang membuat perasaan sedih ini timbul? 

Diriku bertanya. Ku hanya berdoa agar dijauhi perasaan ini dengan secepat mungkin. 





Saturday, September 6, 2014

Berkata tidak, bertindak ya

Engkau berkata-kata seperti membencinya,
Memberi pendapat seperti tidak akan berlaku pada diri sendiri, 
Bercakap seakan ia tidak akan sesekali berlaku,
Ia seperti engkau telah berjanji pada diri sendiri dan orang sekeliling yang ia tidak akan terjadi,
Tetapi kenapa ia tetap akan berlaku?
Engkau berkata untuk berbuat baik depan orang?
Orang yang dah lama berkenal?
Kenal luaran dan dalaman?
Kenal tentang kisah lama?
Kenal tentang segala-galanya? 
Kenapa ia perlu berlaku?
Adakah engkau sudah lupa yang engkau pernah berkata seperti demikian?
Ia bukan sekali, tetapi lebih dari yang ku ingati.
Bukan hanya aku tetapi kawan- kawan ku, dan kawan- kawan engkau juga. 
Usah la wahai kawanku,
Bila ku berkata, engkau berfikiran lain,
Bila ku berdiam, engkau berfikiran lain.
Ya, mengutuk, mengupat akan terima balasannya 
Tetapi diriku bukan la Nabi,
Diriku banyak kekurangannya,
Syaitan bermain-main di kiri ku.
Kenapa engkau harus begitu?


Kebenaran Diselimutkan Sementara



Setiap penipuan akan ada kebenaran, Setiap kebenaran diselimut oleh penipuan, 
Dan  setiap penipuan akan terbongkar walau berapa lama mana disembunyikan..
Allah SWT akan jua menunjuk kebenaran secara kejutan ataupun secara lembut. 
Usah risau kawanku kerna tidak lama lagi semuanya akan terbongkar. 
Hanya bersabar dan berdoa perlu ada di dada. 


Macam ni

Disebabkan terlalu risau, Aku sanggup berikat perut,  Aku tak sanggup berfikir tentang itu, Membuatkan sedih, Aku sanggup berikat perut, Sup...